ads

23 Disember 2015

Apakah itu WiFi? Bagaimana ia Berfungsi?


Apakah WiFi?

Secara asasnya, WiFi singkatan kepada Wireless Fidelity sama seperti  WLAN yang berasal dari 'Wireless Local Area Network'.











WiFi berfungsi sama seperti lain-lain peranti tanpa wayar - ia menggunakan frekuensi radio untuk menghantar isyarat antara peranti. Frekuensi radio yang digunakan berbeza dengan frekuensi yang digunakan di walkie talkie, radio dan telefon bimbit. Contohnya radio di kereta anda menerima frekuensi dalam julat Kilohertz dan Megahertz (AM dan FM), tetapi WiFi menghantar dan menerima data dalam julat Gigahertz.



Hertz (Hz) adalah unit untuk frekuensi dalam Sistem Unit Antarabangsa (International System of Units) dan ditafsirkan sebagai satu kitaran sesaat. Ia dinamakan sempena nama Heinrich Rudolf Hertz, orang pertama yang memberi bukti konklusif mengenai kewujudan gelombang elektromagnet.

Membandingkan frekuensi Mhz dan Ghz, gelombang ini akan berpindah pada 1 juta dan 1 bilion kitaran sesaat di udara! Dan untuk mendapat maklumat dalam frekuensi  ini, penerima radio anda perlu diatur untuk menerima gelombang frekuensi yang tertentu.

Untuk WiFi, frekuensi yang digunakan 2.4Ghz dan 5Ghz. Gelombang ini adalah sangat serupa dengan frekuensi yang ditemui dalam microwave anda! Microwave anda menggunakan 2.450Ghz untuk memanaskan makanan dan router anda menggunakan 2.412 GHz hingga 2.472 GHz untuk menghantar data anda melalui WiFi. Ini adalah punca utama sesetengah orang mempunyai masalah dengan isyarat WiFi ketika menggunakan Microwave mereka.

Bagaimana WiFi Berfungsi?

Saya sebutkan tadi WiFi menggunakan frekuensi 2.4Ghz dan 5Ghz. Secara umumnya peranti lama hanya mempunyai 2.4Ghz kerana itu adalah standard sebelum datang peranti yang lebih baru menggunakan 5Ghz. Tetapi sama ada anda menggunakan julat 2.4Ghz atau 5Ghz, akan ada satu router yang akan berkomunikasi dalam Channel.



Channel ini adalah frekuensi yang berbeza antara satu sama lain dan  membolehkan beberapa router beroperasi di kawasan yang sama tanpa menyebabkan kesesakan trafik. Anda tidak perlu bimbang tentang Channel mana yang anda gunakan untuk bersambung (connect) ke WiFi. Ini adalah kerana ia biasanya disetkan secara automatik apabila anda bersambung ke router anda.

Hanya untuk rujukan anda, 2.4Ghz mempunyai kira-kira 12 Channel dan 5Ghz mempunyai kira-kira 30 Channel . Bilangan Channel ini ditentukan oleh negara anda.

Jadi sekarang kita tahu bahawa gelombang radio boleh terbang melalui udara dan melintasi halangan seperti dinding dari router ke peranti anda. Gelombang ini juga berfrekuensi tinggi, yang membolehkan mereka menghantar lebih banyak data berbanding frekuensi radio yang lain. Berkelajuan tinggi dan kapasiti yang tinggi ini yang membolehkan anda untuk menonton Youtube pada telefon pintar dan komputer riba walaupun berada beberapa bilik dari router anda.



Tetapi keajaiban sebenar WiFi ialah proses yang berlaku pada cip WiFi anda. Setiap peranti WiFi mempunyai cip yang menukarkan 0 dan 1 kepada gelombang radio untuk dihantar keluar kepada destinasi mereka, pada masa yang sama cip di peranti anda menukar gelombang radio tadi ke 0 dan 1 menjadi data anda boleh tafsirkan sebagai e-mel, laman web atau apa-apa sahaja yang anda lakukan di laman web.


Mari kita lihat pada wireless router yang memiliki kelajuan pemindahan 54mbps (megabit sesaat). Bit ialah 0 dan 1 yang saya nyatakan tadi. Jadi apabila ada mengunakan WiFi di wireless router, anda sebenarnya sedang menghantar dan menerima 54 juta 0 dan 1 sesaat. Yang akan menjadi kira-kira 13,000 keping kertas jika dicetak.












Memang tidak dinafikan ianya cukup hebat untuk digunakan.